ISTANBUL: Amnesty International pada Rabu menggesa pentadbiran universiti di seluruh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi dan memudahkan hak pelajar untuk melakukan protes atau berdemonstrasi secara aman dan selamat di kampus mereka.
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pengarah Eksekutif Amnesty International AS, Paul O'Brien berkata universiti telah bertindak balas secara menindas terhadap protes bagi menyokong hak Palestin, yang melibatkan pihak berkuasa tempatan dan juga menuntut penahanan.
"Sebarang langkah yang diambil untuk berdiam diri, mengganggu, mengugut atau menakut-nakutkan mereka yang berhimpun secara aman untuk membantah dan bersuara adalah melanggar hak mereka.
"Kebebasan akademik adalah penting kepada hak untuk pendidikan. Aktivisme kampus merupakan komponen penting dalam kebebasan itu," katanya.
O'Brien berkata bahawa pentadbiran bertanggungjawab untuk memupuk suasana yang membolehkan sudut pandangan yang pelbagai.
Amnesty berkata kritikan terhadap tindakan kerajaan Israel itu sememangnya bukan antisemitik, dengan menyatakan terdapat laporan individu pada beberapa protes menggunakan retorik kebencian, termasuk mengamalkan keganasan.
O'Brien berkata bahawa pentadbiran bertanggungjawab untuk memupuk suasana yang membolehkan sudut pandangan yang pelbagai.
"Kami mengutuk retorik dan keganasan yang penuh kebencian dengan sekeras-kerasnya," katanya.
Amnesty menyeru Presiden AS Joe Biden untuk menangguhkan semua penghantaran senjata ke Israel dan berusaha untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Sebelum ini, Presiden Universiti Columbia Minouche Shafik memberi kuasa kepada Jabatan Polis New York untuk membongkar "Perkhemahan Solidariti Gaza," menyebabkan 108 individu ditahan.
Beberapa universiti, termasuk Yale dan Universiti New York, telah mengambil tindakan yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Golongan pelajar dan beberapa kumpulan lain mengadakan demonstrasi menyokong rakyat Palestin di Gaza, di Universiti George Washington, Washington, AS, 25 Apr 2024. - REUTERS
Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah.
Google umum penamatan aplikasi Podcasts
Google memaklumkan Google Podcasts tidak lagi boleh memainkan sebarang podsiar berkuat kuasa 23 Jun 2024.
Li Jane raih emas kejohanan boling siri jelajah PWBA
Pemain boling wanita negara Sin Li Jane meraih pingat emas di kejohanan boling Terbuka Journal Rockford di The Cherry Bowl di Illinois.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,kini berbaki 25 lagi klinik kesihatan daif di Sabah masih dalam proses baik pulih.
PUSPEN kedua Sabah dibina di Tawau
Sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) baharu bakal dibina atas tapak keluasan 12 hektar di Batu 36, Tawau, Sabah.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.
Tidak rela dikhianati lagi, Warisan ketengah calon setia dalam PRN17
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata budaya politik tidak sihat terhadap parti itu bukan hanya melibatkan perjanjian antara calon dan parti malah membabitkan sumpah calon atas nama Allah.
Tagal reda, bersyukur anak meninggal ketika berkhidmat untuk negara
Bapa mendiang Mutang Tagal, Tagal Padan reda seorang lagi anaknya meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara.
PMX, Presiden Azerbaijan bantu bawa pulang Mutang ke Malaysia
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi komunikasi beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha membawa pulang Datul Mutang Tagal yang jatuh sakit di Azerbaijan.
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan ditutup oleh Israel.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Serangan ke atas Rafah diperhebat oleh tentera Israel
Terbaharu kereta kebal Israel dilihat menembak ke arah selatan bandar Rafah yang sesak pada Rabu.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.